Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Sunday, November 27, 2011

Pencegahan VS Rawatan

Lama x menulis akibat masalah kesihatan yg melanda. Apa pun terima kasih pada rakan2 yg sentiasa menyokong. Baru2 ni berbincang dengan Juruterapi di salah sebuah pusat terapi tempatan tentang tajuk di atas. Bercerita tentang Langkah2 pencegahan terlebih dahulu rupanya ada beberapa langkah yg kita selalu lupa menyebabkan kita akan terus kepada langkah2 rawatan. Mungkin ada yg beralasan langkah pencegahan ni memerlukan kos yg adakalanya tinggi tp pernahkah kita terfikir bahawa kos untuk rawatan bagi kebanyakan penyakit tersangatlah tinggi dan mahu tak mahu apabila seseorang disahkan sahaja oleh doktor menghidap sesuatu penyakit berbahaya maka bergegas lah mencari rawatan2 yg sesuai x kira di mana mahupun kos atas nama inginkan kesihatan...

Sesekalai cuba kita renungkan sedikit langkah2 pencegahan tersebut dan berfikir sejenak kos manakah yg lebih tinggi?
Pertama sekali hasil perbincangan dengan juterapi tersebut tentulah mesen terapinya yg berharga lebih kurang 6 ribu dianggap sebagai langkah pencegahan. Ini kerana mesen tersebut berupaya mengesan pelbagai penyakit yg sebelumnya dianggap tiada (mengikut katanya lah dan saya x perlu panjangkan di sini)
Kedua: Bersenam- berapa kos utk bersenam kalau setakat berjalan & berlari2 anak di Taman Rekreasi? Push Up sket di rumah? X perlu beli peralatan senaman pun..
Ketiga: Jaga pemakanan.. Bermaksud memilih yg terbaik dan tidak berlebihan. Mungkin jika kita seorang yg berkemampuan boleh makan makanan yg berkualiti tinggi yg tentunya harga agak tinggi dari biasa untuk makan nasi dari beras high grade dan sebagainya tapi sekurang2nya kita masih boleh kawal pemakanan kita dari terlebih sama ada terlebih lemak, karbohidrat, gula dan sebagainya. Adakah ianya memerlukan kos untuk berjimat? http://www.hmetro.com.my/articles/Amalpucukkesum/Article/
Keempat: Makanan tambahan atau disebut oleh orang sekarang ni 'Supplement'.. Kalau ada lebihan perbelanjaan pon semasa sihat tu elok lah pada vitamin2 yg boleh membantu sistem pertahanan badan kita. Kita x pasti zat dari makanan yg kita makan tu cukup atau tidak jadi apa salahnya ditambah dengan zat2 tambahan asalkan ianya keperluan yg baik untuk tubuh badan kita sendiri..

Cukuplah kot bercerita semacam pakar pemakanan pula di sini. Tempat yg saya ingin tekankan di sini cumalah tempat terakhir bagi langkah2 pencegahan iaitu TAKAFUL / INSURAN. Selalu kita terlalu berkira untuk mencarum sekadar 2-3ringgit sehari di sini tp kita lebih selesa melayan deria rasa yg ingin sedap selalu tu tanpa mengambil kira kesan akan datang kelak yg pastinya kos makan harian di Lembah Klang contohnya x kurang RM5 sekali hidangan. Ini bermakna sehari kita berbelanja untuk makan semakan-makannya lebih kurang RM15 sekurang2nya x 24(hari bekerja) = RM360 sebagai pelaburan hangus untuk kos perubatan kita yg boleh mencecah lebih puluhan ribu malah ratusan ribu pun ada. Tapi kita berkira sangat untuk keluarkan sedikit wang saku kita untuk bantuan kos perubatan sekurang2nya 50 ribu dengan hanya x sampai RM100 sebulan pun?

Jadi di sini saya menyeru rakan2 pembaca sekalian supaya beringat sebelum kena. Anda tak perlu tunggu sehingga sampai masa untuk merawat untuk mengeluarkan duit tabungan anda sekian lama (itu pun kalau ada tabungan). Pada waktu tu saya percaya, siapa saja yg mencadangkan anda membeli ubat, mesen rawatan, bomoh, dukun dan sebagainya anda akan pergi dan x risau atau berkira untuk mengeluarkan seberapa banyak wang. Pelbagai cara akan dilakukan untuk mendapatkan wang untuk berubat sampai ada yg sanggup merompak bank pun . Kalaulah anda boleh untuk tidak berkira sekarang sewaktu sihat tubuh badan kan lebih bagus? Semoga anda masih sempat untuk 'Menepuk dada & Bertanya Selera'...

Thursday, October 13, 2011

Kos Perubatan Menjadi Liabiliti Kini

Melihat & membaca tajuk akhbar ni buat ramai terkejut juga. Kalau sebelum ni PTPTN pernah menjadi isu sebagai pembekal hutang terbesar di Malaysia hingga ada yg terpaksa menanggung sehingga anak nak sambung belajar serta dihalang dari keluar negara dan sebagainya.. Tapi kini hutang perubatan menjadi tajuk besar di akhbar. Kenapa ia terjadi? Nak salahkan kos rawatan yg semakin tinggi? Nak salahkan hospital swasta yg mengenakan caj yg tinggi? Ermm..mungkin juga. Memang kebanyakan hospital swasta enggan menerima mana2 pesakit yang tidak mempunyai deposit. Cara paling mudah mereka gunakan kad kredit untuk membayar kos2 yg bukan rendah jumlahnya. Ini maklumat dari CEO
AKPK sendiri. Daripada sejumlah 140,462 kes AKPK seluruh negara peratusan tertinggi sekali mereka yg gagal bayar hutang adalah kerana perbelanjaan perubatan iaitu 26 peratus.

Apa yg kita fikirkan bila membaca statistik tersebut? Apakah ianya melibatkan kita juga? Atau kita beranggapan ianya 'bukan kita'? Bolehkah saya katakan bahawa ini akibat sikap kita sendiri? Kita masih terbelenggu oleh 'Budaya Tongkat' lg . Pada hal kita diberi pilihan utk membelanjakan wang dengan lebih efisien melalui perancangan kewangan yg betul. Apa sikap kita bila ditawarkan cara yg betul utk meringankan risiko dlm menangani beban kewangan oleh ejen2 insuran/takaful?

Kita selalu menganggap ianya satu mimpi ngeri apabila didatangi oleh para perunding insuran/takaful ini. Pada hal mereka bukan jurujual biasa yg datang dan pergi begitu saja selepas melakukan aktiviti jualan. Mereka menawarkan khidmat sepanjang hayat untuk menanggung risiko yg perlu kita lalui sepanjang hidup ini. Risiko penyakit, kemalangan, persaraan, kematian dan sebagainya. Kesemuanya perlukan kos. Apa salahnya kita sumbangkan sedikit dalam beberapa peratus dari pendapatan kita sekarang demi peratusan besar lg hidup kita akan datang yg perlu ditanggung. Tepuk dada & tanya akal kita sama ada kita layak dapatkan khidmat perubatan terbaik ataupun kita lebih rela beratur panjang di Pusat Rawatan Kerajaan yg pastinya sentiasa penuh utk dapatkan rawatan percuma. Mungkin dah sampai masanya kita bg peluang pada mereka yg lebih tidak mampu dari kita utk dapatkannya.

Thursday, September 8, 2011

Biasiswa Pendidikan- Bermula Hari Ini

Bila disebut biasiswa umum faham bahawa ianya ialah kos yg perlu ditanggung sepanjang pendidikan itu berlangsung. Sama ada ianya perlu dimohon dari pihak2 tertentu mahupun diwujudkan dari sekarang. Mungkin lebih ramai rasa mudah lg memohon dari pihak2 tertentu sama ada kerajaan mahupun pihak swasta. Persoalannya layakkah kita memohon? Dari Siapa? Sesuaikah dengan kursus? Tahukah kita berapa kos sebenar  belanja pendidikan anak sekiranya anak kita baru berumur setahun sekarang? Sekiranya kos untuk kurusus pengurusan ialah RM20 ribu bagaimana pula 18 tahun akan datang nt dengan inflasi sekurang2nya 4%-6% setahun? Adakah kita yakin permohonan pinjaman pendidikan kita akan diluluskan nanti? Jika tidak apakah nasib anak2 kita nanti? Sampai hatikah kita melihat anak2 kita nanti keciwa untuk mengikuti kursus yg mereka minat hanya kerana ibu bapa mereka tidak mampu sedangkan ibu bapa tersebut mampu merancang bermula dari anak mereka kecil lagi?

Contoh ilustrasi kos pendidikan semasa secara kasar berdasarkan inflasi semasa


Dengan ini saya mengajak rakan2, saudara, sahabat handai semua berfikir sejenak merenung masa depan yg akan kita corakkan untuk anak2 kita nanti sama ada telah jelas ataupun masih lagi kabur. Suka saya mencadangkan secara amnya/full pakejnya kita perlu ada sekurang2nya DUA saluran asas untuk memastikan halatuju pendidikan anak2 kita tidak terganggu akibat masalah kewangan ni. Pertama melalui simpanan berkala yg boleh menjanjikan pulangan antara 7-10 peratus setahun melalui unit amanah sama ada Saham Amanah yg diuruskan oleh PNB atau oleh pihak swasta seperti Public Mutual Berhad dan sebagainya. Di sini saya lebih cenderung mencadangkan Unit Amanah Public Mutual Berhad yg menawarkan unit2 amanah yg dapat dibeli dengan harga semasa, bukannya harga tetap. Ini bermakna anda boleh juga mengamalkan konsep 'Buy Low, Sell High' di sini.
Contoh sekiranya anda boleh menyimpan sebanyak RM200 sebulan je selama 10 tahun sekiranya keuntungan 8% setahun anda telah pun ada sejumlah simpanan pendidikan sebanyak RM37,000. Bayangkan sekiranya peratus keuntungan lebih dari 8%?

Cara kedua yg juga perlu anda buat ialah melalui Skim Insuran/Takaful Pendidikan . Ini perlu kerana kita sebagai manusia yg dikelilingi risiko hidup kita tidak tahu bilakah masanya akan tiba apabila pendapatan kita akan terhenti akibat pelbagai perkara seperti penyakit kritikal mahupun pendek umur. Apa akan jadi pada perancangan pendidikan anak tersebut kelak? Oleh itu skim ini membantu memastikan matlamat para ibubapa untuk menyimpan untuk pendidikan anak ni akan tercapai.
Contoh caruman yg berdisiplin untuk anak yg berumur 1 tahun seperti berikut:-

Pentingnya caruman melalui Institusi Insuran/Takaful ni ialah ia menjanjikan jaminan sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada pembayar seperti penyakit kritikal, hilang upaya kekal dan kematian maka caruman ini akan diteruskan oleh pihak syarikat. Ini yg dinamakan jaminan matlamat pendidikan yg dapat membantu sekiranya caruman kita dalam saluran lain itu terhenti.
 Bagi yg berminat, ingin tahu lebih lanjut boleh lah email saya untuk temujanji. Tiada paksaan apa2 untuk membeli apa2. Sekadar cadangan yg terbaik bagi waris terbaik anda untuk mendapatkan pendidikan terbaik.

Mungkin anak kita berpeluang untuk keluar negara, masalahnya mampukah kita?
Takkan nak tunggu sampai anak anda ajak anda berbincang?


Kita tidak mahu anak kita mengalami nasib sebegini kelak..

Keputusan di tangan anda.. Sama ada menerima segulung ijazah atau...

Sunday, August 21, 2011

Risiko Musim Raya

Alhamdulillah kita dah hampir berjaya sampai ke penghujung Ramadhan & akan memasuki Syawal tak lama lagi dengan arti kata lain akan berhari raya Aidil Fitri. Siapa boleh menafikan musim raya merupakan musim kadar kemalangan tertinggi setiap tahun. Berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan, mana dengan Ops yg dijalankan oleh polis, JPJ, penubuhan JKJR bg mengkaji sebab musabab kemalangan ni dan sebagainya. Persoalannya berapa peratuskah penurunan setiap kali musim perayaan? Antara kemalangan yg pasti berlaku antaranya :-

Baik kemalangan jalan raya, mercun atau apa saja bentuk kemalangan di musim perayaan ni ianya menunjukkan peningkatan. Izinkan saya mencadangkan sedikit bantuan untuk setiap individu yang memandang serius hal ni dengan menawarkan satu bentuk perkongsian risiko bersama MAA sekiranya berlakunya kemalangan terhadap diri. Ianya adalah seperti berikut:-

Dari serendah 0.90 sen sehari anda layak untuk :

1. Pampasan sehingga RM15,000 untuk perubatan akibat berlaku kemalangan
2. Pampasan mingguan sehingga RM600 seminggu (maks. 104 minggu)
3. Elaun sekiranya dimasukkan ke wad sehingga RM300 sehari (maks 180 hari)
4. Pampasan akibat kelecuran / patah tulang sehingga RM50,000
5. Pampasan akibat Hilang Upaya Kekal / Hilang Anggota Badan sehingga RM1 juta.
6. Harta yang ditinggalkan untuk keluarga sehingga RM1 juta

Apa tunggu lagi? Raya dah nak dekat. Perjalanan balik kampung bakal bermula. Hanya hubungi saya di adikamaa84@gmail.com untuk keterangan lanjut.. Moga keluarga yg kita tinggalkan tidak jd seperti ini kelak
 

Salam Aidilfitri. Semoga apa yg dikongsikan di sini dapat memberikan manfaat pada semua pihak... Insyaallah

Thursday, July 14, 2011

Masa Untuk Berubah

Sekadar memberikan pendapat di samping memberikan peluang pada anda memilih yg terbaik. Tiada niat untuk memprovokasi atau menghentam sesiapa. Cuma beri peluan pilih yg terbaik dari yg terbaik..
Sila klik gambar untuk dptkan gambaran yg lebih jelas..

Pilihan di tangan anda.. tepuk dada tanya akal. Jgn biarkan kuasa wang anda & hak utk mendapatkan perlindungan terbaik dinafikan..

Wednesday, June 15, 2011

Jumlah Insuran/Takaful Yang Anda Perlukan

Baru2 ini saya menemubual seorang prospek, saya bertanyakan padanya tentang kepentingan insuran. Beliau cuma ingat pada jumlah yg dibayar lebih kurang 2 ribu lebih setahun tp x ingat tentang jumlah diinsurankan. Memang ramai pown walaupun telah membeli insuran tetapi x tahu apa yg dibeli.. Ada pula yg x tahu beza antara sum insured & premium berapa yg dibayar.. Harap kita boleh berbincang utk memperhalusi lg hal ni. Berbalik pada persoalan di atas sebenarnya berapa perlindungan yg anda perlukan? Atau adakah anda membeli insuran/takaful sekadar mengikut 'kemampuan'? Bagaimana anda mengukur kemampuan anda tersebut? 'Kemampuan' - apa yg kita faham tentangnya? Anda berbelanja mengikut kemampuan mungkin, berkereta mengikut kemampuan mungkin, apa lagi? Bagaimana dengan bil2 utiliti anda? Adakah anda menggunakan air, letrik dsb mengikut kemampuan? Atau kebiasaan? Keperluan? Atau lebih pada kebiasaan? Rasanya 2 bil tersebut pastinya yg maha penting dlm hidup kita ni kan. Selalu ke kita berkira dgn penggunaannya? Berapa je bil tu kita kena bayar kan. X pandai pulak kita nak tawar menawar kan.. Berdasarkan pada rasa 'PERLU' ni la saya nak mengajak rakan2 berfikir tentang 'Keperluan' insuran itu sendiri. Persoalannya berapa yg kita perlukan?? Byk perkara yg perlu kita fikirkan sebenarnya cuma apa yg penting di sini ialah bagaimana perbelanjaan kita secara bulanan, tahunan, mingguan mahupun harian. Contohnya: Ahmad berpendapatan tahunan lebih kurang RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan). Sekiranya Ahmad ingin memastikan keluarganya/waris mempunyai pendapatan sekurang2nya 11 tahun utk meneruskan kehidupan ataupun utk aset dirinya sendiri sekiranya beliau tidak dapat bekerja lagi atas sebab2 kesihatan dsb maka ia memerlukan aset sebanyak RM264,000. Ahmad juga mempunyai beberapa pinjaman perumahan, kenderaan, persendirian berjumlah lebih kurang RM150,000. Sebagai sumbangan khairat kebajikan, Ahmad ingin menyumbang sekurang2nya RM50,000 kepada badan2 amal sebagai amal jariahnya. Ringkasnya total tersebut ialah RM464,000 keseluruhannya x termasuk keperluan insuran kesihatannya lagi. Ini bermakna paling kurang jumlah tersebut la yg diperlukan  sebagai aset yg paling mudah cair utk Ahmad mahupun keluarga yg ditinggalkan agar keluarganya dapat menikmati hidup sebagaimana seperti semasa Ahmad masih hidup tanpa perlu menjual harta2 mereka. Mungkin nampak besar dengan jumlah tersebut bagi sesetengah prospek tp itulah hakikatnya dlm kehidupan. X mampu? Bermakna kita sedang tawar menawar dlm kehidpan sendiri. Akhirkata fikir2kanlah, sama ada anda masih teruskan mengikut kemampuan @ KEPERLUAN. Tepuk dada tanya akal kita..
Setakat mana yg mahu diberitau dlm telefon. Cuba terjemahkan dalam perbuatan

Sanggup ke kita biarkan keluarga kita begini?

Suka kah kita jika kaum keluarga kita yg terpampang di atas?

Saturday, May 28, 2011

Insuran Untuk Pemancing

Memancing dah menjadi hobi antara yg terhangat di pasaran. Saya sendiri pon memang antara pemancing tegar juga. Apa pun kembali pada tajuk di atas saya cuba menarik perhatian ramai berkenaan 'Kenapa' Insuran Untuk Pemancing?

Risiko Pemancing:-

1. Jatuh, Lemas apabila menggunakan bot
2. Perjalanan darat yg lama apabila ke sesuatu destinasi pancing yg terdedah dengan pelbagai kemalangan
3. Risiko terkena matakail
4. Terkena sengat ikan/haiwan berbisa..

Pendekata berbagai sebab untuk berlakunya kemalangan ketika memancing ni. Bagi membantu anda izinkan saya memperkenalkan plan perlindungan khas ini dari serendah 0.62 sen sehari, para pemancing telah mempunyai satu aset RM50,000 bg menghadapi sebarang risiko kemalangan bermula dari hari pertama premium diterima.

Beberapa keistimewaan lagi berkenaan plan kemalangan ini ialah:-
1. Ketika terlibat dalam semua sukan atau hobi (termasuk memancing) secara amatur kecuali seni mempertahankan diri dan tinju.
2.Selam skuba sehingga 50 meter kedalaman.
3. Bencana Alam
4. Lemas
5. Lemas kerana asap & gas beracun
6. Keracunan Makanan
7, Perlindungan lanjutan bagi penyakit Demam Denggi & Japanese Encephalitis-sehingga 100% daripada bayaran balik perubatan.


Apa yg perlu anda buat hanya hubungi saya untuk sessi perbincangan. Sms di 014-7366201 atau email di adikamaa84@gmail.com utk temujanji.

Wednesday, May 18, 2011

Smartmedic 100 akan Berakhir

Kempen masih lagi diteruskan . Hujung bulan ni diberitakan akan ditamatkan stand alone polisi kad perubatan ni. Sama ada akan digantikan sebagai rider, tiada lagi plan 1 & 2 atau premium dinaikkan harga. Namun apa saja spekulasi tentang polisi ini ianya hanya melibatkan pemegang yg akan datang. Selagi ada peluang, masa & kesihatan ni lebih baik anda apply sebelum terlambat. Email je saya atau beritahu di sini sebarang persoalan kenapa anda perlukan kad tersebut..
Jgn biarkan masalah tekanan membebankan anda.. Dapatkan Kad Smartmedic sebelum kehabisan.. Keputusan di tangan anda..
Utk maklumat lanjut sila klik sini

Sunday, April 17, 2011

Smartmedic 100

Setelah sekian lama mendapat sambutan hangat dek kerana premium yg rendah, benefit yg banyak, panel hospital yg menyeluruh sehinggalah MAA Takaful merasakan dah sampai masanya untuk mewajibkan pelanggan2 baru selepas 30 April ni yg ingin mendapatkan faedah smartmedic agar turut mendapatkan pakej Takafulife. Ini bermakna tiada lagi polisi Asas smartmedic lagi selepas ni. 

2 perkara yg perlu di'highlight' ialah apply secepat mungkin sebelum 30 April ni untuk mendapatkan premium yg masih rendah atau x perlu takut untuk apply walaupun sebagai rider bermula bulan hadapan kelak..

So, apa tunggu lg?





 

Sunday, March 27, 2011

Jenayah Sosial

Membaca berkenaan ragut, rompak, rogol, samun, bunuh skarang macam dah jd biasa di Malaysia. Jika sebelum ni benda2 camtu banyak didengar dari negara2 maju je tp sekarang dah biasa di tempat kita sendiri walaupun kita blum smpai ke taraf negara maju lg.. Kenapa jadi macam ni? Salah ibu mengandung? Salah Negara yg harga barangnya selalu naik? Masalah Pengangguran? Apa je jawapan kita ianya menjurus tentang kebimbangan kita terhadap gejala ni.

Ragut
 Rogol

Namun begitu sehingga kini apa yg dapat kita lakukan? Sekadar geleng kepala? Kesian di mulut? X pernah ke kita risau bahawa jenayah ni boleh berlaku ke atas kita? Mungkin kita bukan polis untuk menangkap penjenayah2 tersebut, bukan pemerintah untuk menggubal dasar2 menghukum tp setidak2nya kita masih boleh membantu mangsa atau mungkin diri kita sendiri kelak dengan berpesan2 agar dapat meringankan beban kewangan, trauma dan sebagainya kelak. Bagaimana? Cara yg paling pantas adalah dengan mencarum 1 polisi dari MAA yg memberikan faedah pampasan pada mangsa yg terkena salah satu jenayah sosial (Ragut, Rogol, Samun, Rompak, Bunuh) demi meringankan beban mangsa.. Ada faedah kecederaaan, kaunseling, trauma dan lain2 lagi yg lebih sesuai kalau kita bincangkan face to face.. Apa yg saya cuba tekankan di sini ialah kesedaran kita.. Berpesan2 lah ke arah kebaikan & kebajikan.. Kita x boleh kawal apa yg akan terjadi pada kita akan datang tp sekurang2nya kita masih boleh mengawal natijah dari apa yg boleh terjadi ke atas kita kelak..

Kita x mahu orang yg kita kenal terpampang di dada akhbar kelak..

 

Wednesday, March 23, 2011

Kad Oh Kad..

Baru2 ni kerajaan mengumumkan had pendapatan untuk memilik kad kredit dinaikkan daripada RM18,000 setahun ke RM24,000 setahun. Mungkin ini kerana semakin ramai orang2 muda yg disenaraihitamkan akibat lebihan perbelanjaan menggunakan kad kredit. Kenapa la ini berlaku? Adakah penggunaan kad tu satu status? Sepatutnya menjadi kemudahan tapi bertukar kepada beban pula..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive 

Berbagai cara diusulkan untuk mengatasi masalah ni antaranya menggunakan Kad Debit, Bawa wang tunai, AKPK bg yg dah terjebak dan lain2 cara lg. Bg saya ini semua kerana kurangnya kesedaran berbelanja secara berhemah. Berbelanja dengan betol adalah cara terbaik daripada berjimat. Bila sebut jimat ni setakat mana la kita boleh berjimat di segi kewangan? Berapa ramai ke yg sanggup kurangkan makanan yg biasa dimakan? Berapa ramai ke yg sanggup ubah cara hidup secara drastik- dari menggunakan kereta ke berjalan kaki?

Bila sebut tentang berbelanja dengan betul ni saya rasa terpanggil untuk memperkenalkan kad yg selalu orang lupa. Kad yang memberikan had penggunaan yg tinggi , kad yang boleh dimiliki walaupun oleh seorang bayi. Itulah dia Kad yang memudahkan kita mendapatkan rawatan terbaik di hospital atau dikenali dengan 'Medical Card' yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat2 insuran & takaful.
Di sini saya nak memperkenalkan kad perubatan daripada syarikat MAA Assurance & MAA Takaful kerana beberapa kelebihan utama & yg paling penting ianya bersifat 'cashless' iaitu tanpa sebarang bayaran tunai apabila digunakan di hospital2 terkenal Malaysia.






Berdasarkan jadual di atas kita dapat lihat dari serendah RM50,000 penggunaan tahunannya sehinggalah ke RM200,000. Tu tak tengok had seumur hidupnya lagi yg sehingga RM1.2 juta & jaminan sehingga umur 80 tahun.. Kita tengok pulak berapa banyak yg perlu dibayar..




Anda boleh nampak sendiri dari serendah RM600 setahun je dah boleh dapat manfaat sehingga RM50,000. Pilihlah hospital mana yg kita nak seluruh Malaysia ni yg ternama khususnya..
Jadi bagaimana? Betol tak perbelanjaan ke arah ini? Ada yg sanggup belanja berpuluh ribu malahan beratus ribu untuk makanan2 supplement yg ditawarkan & diiklankan di kaca2 tv & syarikat MLM tapi x de kad perubatan . Setakat mana agaknya jaminan yg boleh diberi oleh supplement2 tersebut bahawa kita akan terus sihat dengan memakannya?  Kita tidak mahu nama kita atau nama saudara mara kita yg terpampang di akhbar kelak meminta2 seperti di bawah ni kerana kita sendiri pon berapa kerat yg bantu orang2 lain yg meminta2 tu.. So, renung2kan lah.. Masa untuk berubah..

Terpaksa Meminta.. Salah siapa?





Lagi tentang bantuan




Penyakit yg memerlukan kos yg tinggi.. Bersediakah kita?



Tuesday, March 22, 2011

Penerima & Pemberi Wasiat

Dalam satu rancangan di TV3 pagi tadi ada menjemput 2 orang pakar tentang wasiat, buat saya terpanggil untuk menonton rancangan tersebut.. Dalam tempoh yg singkat tu banyak gak isi2 penting yg perlu difikirkan bersama tentang wasiat ni antaranya: 

1. Kesedaran di kalangan orang ramai terutamanya Umat Islam sendiri di Malaysia yang lebih ramai beranggapan cukup sekadar verbal atau secara lisan je berpesan dengan anak isteri sedangkan apa yg kita tinggalkan merupakan pusaka yg perlu diagihkan secara adil..

2. Penama & Wasiat - masih ramai yg kurang kefahaman perbezaan keduanya lebih2 lagi dalam KWSP yg mana penama hanyalah seperti wasi atau pemegang amanah bukannya pewaris melainkan ianya telah dibahagikan secara hibah dengan arti kata lain penama hanyalah sebagai pemudah cara.. Apa akan jadi bg pemakan harta2 yg bukan miliknya?

Rancangan yg menjadikan Wasiah Shoppe sebagai tetamu undangan tu diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk mewasiatkan harta agar x menjadi beban pada orang yg ditinggalkan apabila kita tiada kelak...

Tapi saya masih ada persoalan. Sibuk pasal mewasiatkan harta ni pada yg ditinggalkan persoalannya banyak ke harta kita? Berapa ramai yg tinggalkan harta untuk diagihkan? Berbanding yg meninggalkan hutang untuk dilunaskan?
Rasanya kita x akan nafikan berdasarkan kadar hutang yg semakin meningkat setiap tahun, dengan hutang kad kredit, pinjaman kereta, perumahan, peribadi dsb. Berbanding dengan KDNK negara, purata pendapatan rakyat Malaysia yg x sampai RM2,000 sebulan ni masih banyak ke harta yg perlu diwasiatkan?

Ini bukanlah bermakna kita perlu abaikan soal wasiat ni sebaliknya apa salahnya kita galakkan pula trend 'Mewujudkan Harta Untuk Diwasiatkan'. Bagaimana? Adakah kita perlu bekerja lebih keras lagi? Sekeras mana pun anda masih bekerja bolehkah pendapatan anda naik 100%? Mungkin orang yg berniaga kata boleh tapi setakat mana jaminannya? Boleh berterusan ke tanpa ada apa2 kerugian? 

Pilihan lain yg ada bagi saya yg kurang ilmu ni sebaik2nya setiap orang perlu mewujudkan harta melalui insuran /  takaful. Hanya dengan cara ni saja anda ada harta untuk diagihkan atau sekurang2nya untuk menyelesaikan sebahagian hutang piutang kita.. Cuma dengan mengasingkan sebahagian kecil dari pendapatan kita sekarang untuk sebahagian besar pendapatan yg akan menggantikan kita untuk orang2 yg ditinggalkan.. 

Kita pastinya x mahu jika apa yg dipaparkan dibawah merupakan keluarga kita? Bayangkan andainya semalam ianya terjadi pada diri kita? Berapa banyak nak kita tinggalkan pada keluarga tersayang? Tepuk Dada tanyalah akal sendiri..





Rasanya mangsa ni dah dibantu oleh Kerajaan. Adakah nasib kita akan sebaik dia jika terjadi pada diri kita nanti..




Maut di mana2 dalam apa keadaan sekalipun




Memang x kenal usia..




Sempat lagi telefon, tapi sempat ke nak tinggalkan sesuatu? Nak bayar hutang piutang?

Kesimpulannya mungkin ramai yg mencebik bila membaca, apa lagi nak menyebut /mendengar perkataan 'Insuran'. Nampak macam membebankan la plak benda2 tu kan.. Tp percayalah apa yg membebankan utk seorang pesakit yg perlu dibedah, sama ada kesakitan dibedah yg mungkin x terasa kerana dah dibius ataupun kesakitan beban untuk membayar nanti. Lebih teruk lagi jika anak2 yg masih kecil terpaksa menanggung kos tersebut nanti.. Fikir2kan, selamat beramal..