Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Wednesday, June 15, 2011

Jumlah Insuran/Takaful Yang Anda Perlukan

Baru2 ini saya menemubual seorang prospek, saya bertanyakan padanya tentang kepentingan insuran. Beliau cuma ingat pada jumlah yg dibayar lebih kurang 2 ribu lebih setahun tp x ingat tentang jumlah diinsurankan. Memang ramai pown walaupun telah membeli insuran tetapi x tahu apa yg dibeli.. Ada pula yg x tahu beza antara sum insured & premium berapa yg dibayar.. Harap kita boleh berbincang utk memperhalusi lg hal ni. Berbalik pada persoalan di atas sebenarnya berapa perlindungan yg anda perlukan? Atau adakah anda membeli insuran/takaful sekadar mengikut 'kemampuan'? Bagaimana anda mengukur kemampuan anda tersebut? 'Kemampuan' - apa yg kita faham tentangnya? Anda berbelanja mengikut kemampuan mungkin, berkereta mengikut kemampuan mungkin, apa lagi? Bagaimana dengan bil2 utiliti anda? Adakah anda menggunakan air, letrik dsb mengikut kemampuan? Atau kebiasaan? Keperluan? Atau lebih pada kebiasaan? Rasanya 2 bil tersebut pastinya yg maha penting dlm hidup kita ni kan. Selalu ke kita berkira dgn penggunaannya? Berapa je bil tu kita kena bayar kan. X pandai pulak kita nak tawar menawar kan.. Berdasarkan pada rasa 'PERLU' ni la saya nak mengajak rakan2 berfikir tentang 'Keperluan' insuran itu sendiri. Persoalannya berapa yg kita perlukan?? Byk perkara yg perlu kita fikirkan sebenarnya cuma apa yg penting di sini ialah bagaimana perbelanjaan kita secara bulanan, tahunan, mingguan mahupun harian. Contohnya: Ahmad berpendapatan tahunan lebih kurang RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan). Sekiranya Ahmad ingin memastikan keluarganya/waris mempunyai pendapatan sekurang2nya 11 tahun utk meneruskan kehidupan ataupun utk aset dirinya sendiri sekiranya beliau tidak dapat bekerja lagi atas sebab2 kesihatan dsb maka ia memerlukan aset sebanyak RM264,000. Ahmad juga mempunyai beberapa pinjaman perumahan, kenderaan, persendirian berjumlah lebih kurang RM150,000. Sebagai sumbangan khairat kebajikan, Ahmad ingin menyumbang sekurang2nya RM50,000 kepada badan2 amal sebagai amal jariahnya. Ringkasnya total tersebut ialah RM464,000 keseluruhannya x termasuk keperluan insuran kesihatannya lagi. Ini bermakna paling kurang jumlah tersebut la yg diperlukan  sebagai aset yg paling mudah cair utk Ahmad mahupun keluarga yg ditinggalkan agar keluarganya dapat menikmati hidup sebagaimana seperti semasa Ahmad masih hidup tanpa perlu menjual harta2 mereka. Mungkin nampak besar dengan jumlah tersebut bagi sesetengah prospek tp itulah hakikatnya dlm kehidupan. X mampu? Bermakna kita sedang tawar menawar dlm kehidpan sendiri. Akhirkata fikir2kanlah, sama ada anda masih teruskan mengikut kemampuan @ KEPERLUAN. Tepuk dada tanya akal kita..
Setakat mana yg mahu diberitau dlm telefon. Cuba terjemahkan dalam perbuatan

Sanggup ke kita biarkan keluarga kita begini?

Suka kah kita jika kaum keluarga kita yg terpampang di atas?