Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Thursday, September 8, 2011

Biasiswa Pendidikan- Bermula Hari Ini

Bila disebut biasiswa umum faham bahawa ianya ialah kos yg perlu ditanggung sepanjang pendidikan itu berlangsung. Sama ada ianya perlu dimohon dari pihak2 tertentu mahupun diwujudkan dari sekarang. Mungkin lebih ramai rasa mudah lg memohon dari pihak2 tertentu sama ada kerajaan mahupun pihak swasta. Persoalannya layakkah kita memohon? Dari Siapa? Sesuaikah dengan kursus? Tahukah kita berapa kos sebenar  belanja pendidikan anak sekiranya anak kita baru berumur setahun sekarang? Sekiranya kos untuk kurusus pengurusan ialah RM20 ribu bagaimana pula 18 tahun akan datang nt dengan inflasi sekurang2nya 4%-6% setahun? Adakah kita yakin permohonan pinjaman pendidikan kita akan diluluskan nanti? Jika tidak apakah nasib anak2 kita nanti? Sampai hatikah kita melihat anak2 kita nanti keciwa untuk mengikuti kursus yg mereka minat hanya kerana ibu bapa mereka tidak mampu sedangkan ibu bapa tersebut mampu merancang bermula dari anak mereka kecil lagi?

Contoh ilustrasi kos pendidikan semasa secara kasar berdasarkan inflasi semasa


Dengan ini saya mengajak rakan2, saudara, sahabat handai semua berfikir sejenak merenung masa depan yg akan kita corakkan untuk anak2 kita nanti sama ada telah jelas ataupun masih lagi kabur. Suka saya mencadangkan secara amnya/full pakejnya kita perlu ada sekurang2nya DUA saluran asas untuk memastikan halatuju pendidikan anak2 kita tidak terganggu akibat masalah kewangan ni. Pertama melalui simpanan berkala yg boleh menjanjikan pulangan antara 7-10 peratus setahun melalui unit amanah sama ada Saham Amanah yg diuruskan oleh PNB atau oleh pihak swasta seperti Public Mutual Berhad dan sebagainya. Di sini saya lebih cenderung mencadangkan Unit Amanah Public Mutual Berhad yg menawarkan unit2 amanah yg dapat dibeli dengan harga semasa, bukannya harga tetap. Ini bermakna anda boleh juga mengamalkan konsep 'Buy Low, Sell High' di sini.
Contoh sekiranya anda boleh menyimpan sebanyak RM200 sebulan je selama 10 tahun sekiranya keuntungan 8% setahun anda telah pun ada sejumlah simpanan pendidikan sebanyak RM37,000. Bayangkan sekiranya peratus keuntungan lebih dari 8%?

Cara kedua yg juga perlu anda buat ialah melalui Skim Insuran/Takaful Pendidikan . Ini perlu kerana kita sebagai manusia yg dikelilingi risiko hidup kita tidak tahu bilakah masanya akan tiba apabila pendapatan kita akan terhenti akibat pelbagai perkara seperti penyakit kritikal mahupun pendek umur. Apa akan jadi pada perancangan pendidikan anak tersebut kelak? Oleh itu skim ini membantu memastikan matlamat para ibubapa untuk menyimpan untuk pendidikan anak ni akan tercapai.
Contoh caruman yg berdisiplin untuk anak yg berumur 1 tahun seperti berikut:-

Pentingnya caruman melalui Institusi Insuran/Takaful ni ialah ia menjanjikan jaminan sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada pembayar seperti penyakit kritikal, hilang upaya kekal dan kematian maka caruman ini akan diteruskan oleh pihak syarikat. Ini yg dinamakan jaminan matlamat pendidikan yg dapat membantu sekiranya caruman kita dalam saluran lain itu terhenti.
 Bagi yg berminat, ingin tahu lebih lanjut boleh lah email saya untuk temujanji. Tiada paksaan apa2 untuk membeli apa2. Sekadar cadangan yg terbaik bagi waris terbaik anda untuk mendapatkan pendidikan terbaik.

Mungkin anak kita berpeluang untuk keluar negara, masalahnya mampukah kita?
Takkan nak tunggu sampai anak anda ajak anda berbincang?


Kita tidak mahu anak kita mengalami nasib sebegini kelak..

Keputusan di tangan anda.. Sama ada menerima segulung ijazah atau...