Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Tuesday, March 22, 2011

Penerima & Pemberi Wasiat

Dalam satu rancangan di TV3 pagi tadi ada menjemput 2 orang pakar tentang wasiat, buat saya terpanggil untuk menonton rancangan tersebut.. Dalam tempoh yg singkat tu banyak gak isi2 penting yg perlu difikirkan bersama tentang wasiat ni antaranya: 

1. Kesedaran di kalangan orang ramai terutamanya Umat Islam sendiri di Malaysia yang lebih ramai beranggapan cukup sekadar verbal atau secara lisan je berpesan dengan anak isteri sedangkan apa yg kita tinggalkan merupakan pusaka yg perlu diagihkan secara adil..

2. Penama & Wasiat - masih ramai yg kurang kefahaman perbezaan keduanya lebih2 lagi dalam KWSP yg mana penama hanyalah seperti wasi atau pemegang amanah bukannya pewaris melainkan ianya telah dibahagikan secara hibah dengan arti kata lain penama hanyalah sebagai pemudah cara.. Apa akan jadi bg pemakan harta2 yg bukan miliknya?

Rancangan yg menjadikan Wasiah Shoppe sebagai tetamu undangan tu diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk mewasiatkan harta agar x menjadi beban pada orang yg ditinggalkan apabila kita tiada kelak...

Tapi saya masih ada persoalan. Sibuk pasal mewasiatkan harta ni pada yg ditinggalkan persoalannya banyak ke harta kita? Berapa ramai yg tinggalkan harta untuk diagihkan? Berbanding yg meninggalkan hutang untuk dilunaskan?
Rasanya kita x akan nafikan berdasarkan kadar hutang yg semakin meningkat setiap tahun, dengan hutang kad kredit, pinjaman kereta, perumahan, peribadi dsb. Berbanding dengan KDNK negara, purata pendapatan rakyat Malaysia yg x sampai RM2,000 sebulan ni masih banyak ke harta yg perlu diwasiatkan?

Ini bukanlah bermakna kita perlu abaikan soal wasiat ni sebaliknya apa salahnya kita galakkan pula trend 'Mewujudkan Harta Untuk Diwasiatkan'. Bagaimana? Adakah kita perlu bekerja lebih keras lagi? Sekeras mana pun anda masih bekerja bolehkah pendapatan anda naik 100%? Mungkin orang yg berniaga kata boleh tapi setakat mana jaminannya? Boleh berterusan ke tanpa ada apa2 kerugian? 

Pilihan lain yg ada bagi saya yg kurang ilmu ni sebaik2nya setiap orang perlu mewujudkan harta melalui insuran /  takaful. Hanya dengan cara ni saja anda ada harta untuk diagihkan atau sekurang2nya untuk menyelesaikan sebahagian hutang piutang kita.. Cuma dengan mengasingkan sebahagian kecil dari pendapatan kita sekarang untuk sebahagian besar pendapatan yg akan menggantikan kita untuk orang2 yg ditinggalkan.. 

Kita pastinya x mahu jika apa yg dipaparkan dibawah merupakan keluarga kita? Bayangkan andainya semalam ianya terjadi pada diri kita? Berapa banyak nak kita tinggalkan pada keluarga tersayang? Tepuk Dada tanyalah akal sendiri..





Rasanya mangsa ni dah dibantu oleh Kerajaan. Adakah nasib kita akan sebaik dia jika terjadi pada diri kita nanti..




Maut di mana2 dalam apa keadaan sekalipun




Memang x kenal usia..




Sempat lagi telefon, tapi sempat ke nak tinggalkan sesuatu? Nak bayar hutang piutang?

Kesimpulannya mungkin ramai yg mencebik bila membaca, apa lagi nak menyebut /mendengar perkataan 'Insuran'. Nampak macam membebankan la plak benda2 tu kan.. Tp percayalah apa yg membebankan utk seorang pesakit yg perlu dibedah, sama ada kesakitan dibedah yg mungkin x terasa kerana dah dibius ataupun kesakitan beban untuk membayar nanti. Lebih teruk lagi jika anak2 yg masih kecil terpaksa menanggung kos tersebut nanti.. Fikir2kan, selamat beramal..