Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Sunday, March 27, 2011

Jenayah Sosial

Membaca berkenaan ragut, rompak, rogol, samun, bunuh skarang macam dah jd biasa di Malaysia. Jika sebelum ni benda2 camtu banyak didengar dari negara2 maju je tp sekarang dah biasa di tempat kita sendiri walaupun kita blum smpai ke taraf negara maju lg.. Kenapa jadi macam ni? Salah ibu mengandung? Salah Negara yg harga barangnya selalu naik? Masalah Pengangguran? Apa je jawapan kita ianya menjurus tentang kebimbangan kita terhadap gejala ni.

Ragut
 Rogol

Namun begitu sehingga kini apa yg dapat kita lakukan? Sekadar geleng kepala? Kesian di mulut? X pernah ke kita risau bahawa jenayah ni boleh berlaku ke atas kita? Mungkin kita bukan polis untuk menangkap penjenayah2 tersebut, bukan pemerintah untuk menggubal dasar2 menghukum tp setidak2nya kita masih boleh membantu mangsa atau mungkin diri kita sendiri kelak dengan berpesan2 agar dapat meringankan beban kewangan, trauma dan sebagainya kelak. Bagaimana? Cara yg paling pantas adalah dengan mencarum 1 polisi dari MAA yg memberikan faedah pampasan pada mangsa yg terkena salah satu jenayah sosial (Ragut, Rogol, Samun, Rompak, Bunuh) demi meringankan beban mangsa.. Ada faedah kecederaaan, kaunseling, trauma dan lain2 lagi yg lebih sesuai kalau kita bincangkan face to face.. Apa yg saya cuba tekankan di sini ialah kesedaran kita.. Berpesan2 lah ke arah kebaikan & kebajikan.. Kita x boleh kawal apa yg akan terjadi pada kita akan datang tp sekurang2nya kita masih boleh mengawal natijah dari apa yg boleh terjadi ke atas kita kelak..

Kita x mahu orang yg kita kenal terpampang di dada akhbar kelak..

 

Wednesday, March 23, 2011

Kad Oh Kad..

Baru2 ni kerajaan mengumumkan had pendapatan untuk memilik kad kredit dinaikkan daripada RM18,000 setahun ke RM24,000 setahun. Mungkin ini kerana semakin ramai orang2 muda yg disenaraihitamkan akibat lebihan perbelanjaan menggunakan kad kredit. Kenapa la ini berlaku? Adakah penggunaan kad tu satu status? Sepatutnya menjadi kemudahan tapi bertukar kepada beban pula..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive 

Berbagai cara diusulkan untuk mengatasi masalah ni antaranya menggunakan Kad Debit, Bawa wang tunai, AKPK bg yg dah terjebak dan lain2 cara lg. Bg saya ini semua kerana kurangnya kesedaran berbelanja secara berhemah. Berbelanja dengan betol adalah cara terbaik daripada berjimat. Bila sebut jimat ni setakat mana la kita boleh berjimat di segi kewangan? Berapa ramai ke yg sanggup kurangkan makanan yg biasa dimakan? Berapa ramai ke yg sanggup ubah cara hidup secara drastik- dari menggunakan kereta ke berjalan kaki?

Bila sebut tentang berbelanja dengan betul ni saya rasa terpanggil untuk memperkenalkan kad yg selalu orang lupa. Kad yang memberikan had penggunaan yg tinggi , kad yang boleh dimiliki walaupun oleh seorang bayi. Itulah dia Kad yang memudahkan kita mendapatkan rawatan terbaik di hospital atau dikenali dengan 'Medical Card' yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat2 insuran & takaful.
Di sini saya nak memperkenalkan kad perubatan daripada syarikat MAA Assurance & MAA Takaful kerana beberapa kelebihan utama & yg paling penting ianya bersifat 'cashless' iaitu tanpa sebarang bayaran tunai apabila digunakan di hospital2 terkenal Malaysia.






Berdasarkan jadual di atas kita dapat lihat dari serendah RM50,000 penggunaan tahunannya sehinggalah ke RM200,000. Tu tak tengok had seumur hidupnya lagi yg sehingga RM1.2 juta & jaminan sehingga umur 80 tahun.. Kita tengok pulak berapa banyak yg perlu dibayar..




Anda boleh nampak sendiri dari serendah RM600 setahun je dah boleh dapat manfaat sehingga RM50,000. Pilihlah hospital mana yg kita nak seluruh Malaysia ni yg ternama khususnya..
Jadi bagaimana? Betol tak perbelanjaan ke arah ini? Ada yg sanggup belanja berpuluh ribu malahan beratus ribu untuk makanan2 supplement yg ditawarkan & diiklankan di kaca2 tv & syarikat MLM tapi x de kad perubatan . Setakat mana agaknya jaminan yg boleh diberi oleh supplement2 tersebut bahawa kita akan terus sihat dengan memakannya?  Kita tidak mahu nama kita atau nama saudara mara kita yg terpampang di akhbar kelak meminta2 seperti di bawah ni kerana kita sendiri pon berapa kerat yg bantu orang2 lain yg meminta2 tu.. So, renung2kan lah.. Masa untuk berubah..

Terpaksa Meminta.. Salah siapa?





Lagi tentang bantuan




Penyakit yg memerlukan kos yg tinggi.. Bersediakah kita?



Tuesday, March 22, 2011

Penerima & Pemberi Wasiat

Dalam satu rancangan di TV3 pagi tadi ada menjemput 2 orang pakar tentang wasiat, buat saya terpanggil untuk menonton rancangan tersebut.. Dalam tempoh yg singkat tu banyak gak isi2 penting yg perlu difikirkan bersama tentang wasiat ni antaranya: 

1. Kesedaran di kalangan orang ramai terutamanya Umat Islam sendiri di Malaysia yang lebih ramai beranggapan cukup sekadar verbal atau secara lisan je berpesan dengan anak isteri sedangkan apa yg kita tinggalkan merupakan pusaka yg perlu diagihkan secara adil..

2. Penama & Wasiat - masih ramai yg kurang kefahaman perbezaan keduanya lebih2 lagi dalam KWSP yg mana penama hanyalah seperti wasi atau pemegang amanah bukannya pewaris melainkan ianya telah dibahagikan secara hibah dengan arti kata lain penama hanyalah sebagai pemudah cara.. Apa akan jadi bg pemakan harta2 yg bukan miliknya?

Rancangan yg menjadikan Wasiah Shoppe sebagai tetamu undangan tu diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk mewasiatkan harta agar x menjadi beban pada orang yg ditinggalkan apabila kita tiada kelak...

Tapi saya masih ada persoalan. Sibuk pasal mewasiatkan harta ni pada yg ditinggalkan persoalannya banyak ke harta kita? Berapa ramai yg tinggalkan harta untuk diagihkan? Berbanding yg meninggalkan hutang untuk dilunaskan?
Rasanya kita x akan nafikan berdasarkan kadar hutang yg semakin meningkat setiap tahun, dengan hutang kad kredit, pinjaman kereta, perumahan, peribadi dsb. Berbanding dengan KDNK negara, purata pendapatan rakyat Malaysia yg x sampai RM2,000 sebulan ni masih banyak ke harta yg perlu diwasiatkan?

Ini bukanlah bermakna kita perlu abaikan soal wasiat ni sebaliknya apa salahnya kita galakkan pula trend 'Mewujudkan Harta Untuk Diwasiatkan'. Bagaimana? Adakah kita perlu bekerja lebih keras lagi? Sekeras mana pun anda masih bekerja bolehkah pendapatan anda naik 100%? Mungkin orang yg berniaga kata boleh tapi setakat mana jaminannya? Boleh berterusan ke tanpa ada apa2 kerugian? 

Pilihan lain yg ada bagi saya yg kurang ilmu ni sebaik2nya setiap orang perlu mewujudkan harta melalui insuran /  takaful. Hanya dengan cara ni saja anda ada harta untuk diagihkan atau sekurang2nya untuk menyelesaikan sebahagian hutang piutang kita.. Cuma dengan mengasingkan sebahagian kecil dari pendapatan kita sekarang untuk sebahagian besar pendapatan yg akan menggantikan kita untuk orang2 yg ditinggalkan.. 

Kita pastinya x mahu jika apa yg dipaparkan dibawah merupakan keluarga kita? Bayangkan andainya semalam ianya terjadi pada diri kita? Berapa banyak nak kita tinggalkan pada keluarga tersayang? Tepuk Dada tanyalah akal sendiri..





Rasanya mangsa ni dah dibantu oleh Kerajaan. Adakah nasib kita akan sebaik dia jika terjadi pada diri kita nanti..




Maut di mana2 dalam apa keadaan sekalipun




Memang x kenal usia..




Sempat lagi telefon, tapi sempat ke nak tinggalkan sesuatu? Nak bayar hutang piutang?

Kesimpulannya mungkin ramai yg mencebik bila membaca, apa lagi nak menyebut /mendengar perkataan 'Insuran'. Nampak macam membebankan la plak benda2 tu kan.. Tp percayalah apa yg membebankan utk seorang pesakit yg perlu dibedah, sama ada kesakitan dibedah yg mungkin x terasa kerana dah dibius ataupun kesakitan beban untuk membayar nanti. Lebih teruk lagi jika anak2 yg masih kecil terpaksa menanggung kos tersebut nanti.. Fikir2kan, selamat beramal..