Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Sunday, November 27, 2011

Pencegahan VS Rawatan

Lama x menulis akibat masalah kesihatan yg melanda. Apa pun terima kasih pada rakan2 yg sentiasa menyokong. Baru2 ni berbincang dengan Juruterapi di salah sebuah pusat terapi tempatan tentang tajuk di atas. Bercerita tentang Langkah2 pencegahan terlebih dahulu rupanya ada beberapa langkah yg kita selalu lupa menyebabkan kita akan terus kepada langkah2 rawatan. Mungkin ada yg beralasan langkah pencegahan ni memerlukan kos yg adakalanya tinggi tp pernahkah kita terfikir bahawa kos untuk rawatan bagi kebanyakan penyakit tersangatlah tinggi dan mahu tak mahu apabila seseorang disahkan sahaja oleh doktor menghidap sesuatu penyakit berbahaya maka bergegas lah mencari rawatan2 yg sesuai x kira di mana mahupun kos atas nama inginkan kesihatan...

Sesekalai cuba kita renungkan sedikit langkah2 pencegahan tersebut dan berfikir sejenak kos manakah yg lebih tinggi?
Pertama sekali hasil perbincangan dengan juterapi tersebut tentulah mesen terapinya yg berharga lebih kurang 6 ribu dianggap sebagai langkah pencegahan. Ini kerana mesen tersebut berupaya mengesan pelbagai penyakit yg sebelumnya dianggap tiada (mengikut katanya lah dan saya x perlu panjangkan di sini)
Kedua: Bersenam- berapa kos utk bersenam kalau setakat berjalan & berlari2 anak di Taman Rekreasi? Push Up sket di rumah? X perlu beli peralatan senaman pun..
Ketiga: Jaga pemakanan.. Bermaksud memilih yg terbaik dan tidak berlebihan. Mungkin jika kita seorang yg berkemampuan boleh makan makanan yg berkualiti tinggi yg tentunya harga agak tinggi dari biasa untuk makan nasi dari beras high grade dan sebagainya tapi sekurang2nya kita masih boleh kawal pemakanan kita dari terlebih sama ada terlebih lemak, karbohidrat, gula dan sebagainya. Adakah ianya memerlukan kos untuk berjimat? http://www.hmetro.com.my/articles/Amalpucukkesum/Article/
Keempat: Makanan tambahan atau disebut oleh orang sekarang ni 'Supplement'.. Kalau ada lebihan perbelanjaan pon semasa sihat tu elok lah pada vitamin2 yg boleh membantu sistem pertahanan badan kita. Kita x pasti zat dari makanan yg kita makan tu cukup atau tidak jadi apa salahnya ditambah dengan zat2 tambahan asalkan ianya keperluan yg baik untuk tubuh badan kita sendiri..

Cukuplah kot bercerita semacam pakar pemakanan pula di sini. Tempat yg saya ingin tekankan di sini cumalah tempat terakhir bagi langkah2 pencegahan iaitu TAKAFUL / INSURAN. Selalu kita terlalu berkira untuk mencarum sekadar 2-3ringgit sehari di sini tp kita lebih selesa melayan deria rasa yg ingin sedap selalu tu tanpa mengambil kira kesan akan datang kelak yg pastinya kos makan harian di Lembah Klang contohnya x kurang RM5 sekali hidangan. Ini bermakna sehari kita berbelanja untuk makan semakan-makannya lebih kurang RM15 sekurang2nya x 24(hari bekerja) = RM360 sebagai pelaburan hangus untuk kos perubatan kita yg boleh mencecah lebih puluhan ribu malah ratusan ribu pun ada. Tapi kita berkira sangat untuk keluarkan sedikit wang saku kita untuk bantuan kos perubatan sekurang2nya 50 ribu dengan hanya x sampai RM100 sebulan pun?

Jadi di sini saya menyeru rakan2 pembaca sekalian supaya beringat sebelum kena. Anda tak perlu tunggu sehingga sampai masa untuk merawat untuk mengeluarkan duit tabungan anda sekian lama (itu pun kalau ada tabungan). Pada waktu tu saya percaya, siapa saja yg mencadangkan anda membeli ubat, mesen rawatan, bomoh, dukun dan sebagainya anda akan pergi dan x risau atau berkira untuk mengeluarkan seberapa banyak wang. Pelbagai cara akan dilakukan untuk mendapatkan wang untuk berubat sampai ada yg sanggup merompak bank pun . Kalaulah anda boleh untuk tidak berkira sekarang sewaktu sihat tubuh badan kan lebih bagus? Semoga anda masih sempat untuk 'Menepuk dada & Bertanya Selera'...