Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Wednesday, March 23, 2011

Kad Oh Kad..

Baru2 ni kerajaan mengumumkan had pendapatan untuk memilik kad kredit dinaikkan daripada RM18,000 setahun ke RM24,000 setahun. Mungkin ini kerana semakin ramai orang2 muda yg disenaraihitamkan akibat lebihan perbelanjaan menggunakan kad kredit. Kenapa la ini berlaku? Adakah penggunaan kad tu satu status? Sepatutnya menjadi kemudahan tapi bertukar kepada beban pula..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive 

Berbagai cara diusulkan untuk mengatasi masalah ni antaranya menggunakan Kad Debit, Bawa wang tunai, AKPK bg yg dah terjebak dan lain2 cara lg. Bg saya ini semua kerana kurangnya kesedaran berbelanja secara berhemah. Berbelanja dengan betol adalah cara terbaik daripada berjimat. Bila sebut jimat ni setakat mana la kita boleh berjimat di segi kewangan? Berapa ramai ke yg sanggup kurangkan makanan yg biasa dimakan? Berapa ramai ke yg sanggup ubah cara hidup secara drastik- dari menggunakan kereta ke berjalan kaki?

Bila sebut tentang berbelanja dengan betul ni saya rasa terpanggil untuk memperkenalkan kad yg selalu orang lupa. Kad yang memberikan had penggunaan yg tinggi , kad yang boleh dimiliki walaupun oleh seorang bayi. Itulah dia Kad yang memudahkan kita mendapatkan rawatan terbaik di hospital atau dikenali dengan 'Medical Card' yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat2 insuran & takaful.
Di sini saya nak memperkenalkan kad perubatan daripada syarikat MAA Assurance & MAA Takaful kerana beberapa kelebihan utama & yg paling penting ianya bersifat 'cashless' iaitu tanpa sebarang bayaran tunai apabila digunakan di hospital2 terkenal Malaysia.






Berdasarkan jadual di atas kita dapat lihat dari serendah RM50,000 penggunaan tahunannya sehinggalah ke RM200,000. Tu tak tengok had seumur hidupnya lagi yg sehingga RM1.2 juta & jaminan sehingga umur 80 tahun.. Kita tengok pulak berapa banyak yg perlu dibayar..




Anda boleh nampak sendiri dari serendah RM600 setahun je dah boleh dapat manfaat sehingga RM50,000. Pilihlah hospital mana yg kita nak seluruh Malaysia ni yg ternama khususnya..
Jadi bagaimana? Betol tak perbelanjaan ke arah ini? Ada yg sanggup belanja berpuluh ribu malahan beratus ribu untuk makanan2 supplement yg ditawarkan & diiklankan di kaca2 tv & syarikat MLM tapi x de kad perubatan . Setakat mana agaknya jaminan yg boleh diberi oleh supplement2 tersebut bahawa kita akan terus sihat dengan memakannya?  Kita tidak mahu nama kita atau nama saudara mara kita yg terpampang di akhbar kelak meminta2 seperti di bawah ni kerana kita sendiri pon berapa kerat yg bantu orang2 lain yg meminta2 tu.. So, renung2kan lah.. Masa untuk berubah..

Terpaksa Meminta.. Salah siapa?





Lagi tentang bantuan




Penyakit yg memerlukan kos yg tinggi.. Bersediakah kita?