Membantu Memajukan Ekonomi Ummah

Dalam era yg serba maju & canggey ni Pengurusan Kewangan dan yg berkaitan dengannya pon telah masuk ke era baru.. Harta bukan sekadar tanah & rumah tetapi juga aset yg boleh ubah..

Thursday, October 13, 2011

Kos Perubatan Menjadi Liabiliti Kini

Melihat & membaca tajuk akhbar ni buat ramai terkejut juga. Kalau sebelum ni PTPTN pernah menjadi isu sebagai pembekal hutang terbesar di Malaysia hingga ada yg terpaksa menanggung sehingga anak nak sambung belajar serta dihalang dari keluar negara dan sebagainya.. Tapi kini hutang perubatan menjadi tajuk besar di akhbar. Kenapa ia terjadi? Nak salahkan kos rawatan yg semakin tinggi? Nak salahkan hospital swasta yg mengenakan caj yg tinggi? Ermm..mungkin juga. Memang kebanyakan hospital swasta enggan menerima mana2 pesakit yang tidak mempunyai deposit. Cara paling mudah mereka gunakan kad kredit untuk membayar kos2 yg bukan rendah jumlahnya. Ini maklumat dari CEO
AKPK sendiri. Daripada sejumlah 140,462 kes AKPK seluruh negara peratusan tertinggi sekali mereka yg gagal bayar hutang adalah kerana perbelanjaan perubatan iaitu 26 peratus.

Apa yg kita fikirkan bila membaca statistik tersebut? Apakah ianya melibatkan kita juga? Atau kita beranggapan ianya 'bukan kita'? Bolehkah saya katakan bahawa ini akibat sikap kita sendiri? Kita masih terbelenggu oleh 'Budaya Tongkat' lg . Pada hal kita diberi pilihan utk membelanjakan wang dengan lebih efisien melalui perancangan kewangan yg betul. Apa sikap kita bila ditawarkan cara yg betul utk meringankan risiko dlm menangani beban kewangan oleh ejen2 insuran/takaful?

Kita selalu menganggap ianya satu mimpi ngeri apabila didatangi oleh para perunding insuran/takaful ini. Pada hal mereka bukan jurujual biasa yg datang dan pergi begitu saja selepas melakukan aktiviti jualan. Mereka menawarkan khidmat sepanjang hayat untuk menanggung risiko yg perlu kita lalui sepanjang hidup ini. Risiko penyakit, kemalangan, persaraan, kematian dan sebagainya. Kesemuanya perlukan kos. Apa salahnya kita sumbangkan sedikit dalam beberapa peratus dari pendapatan kita sekarang demi peratusan besar lg hidup kita akan datang yg perlu ditanggung. Tepuk dada & tanya akal kita sama ada kita layak dapatkan khidmat perubatan terbaik ataupun kita lebih rela beratur panjang di Pusat Rawatan Kerajaan yg pastinya sentiasa penuh utk dapatkan rawatan percuma. Mungkin dah sampai masanya kita bg peluang pada mereka yg lebih tidak mampu dari kita utk dapatkannya.